Khamis, 29 November 2012

ALAM SEKITAR


Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Alam sekitar yang bersih memberikan kita satu suasana yang selesa manakala alam sekitar yang tercemar akan menjejaskan kesihatan kita.



Pengenalan
Masalah pencemaran merupakan suatu isu yang semakin serius di Malaysia. Pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar. 

Jenis pencemaran
Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran tanah, udara, sungai dan bunyi seperti yang berikut:
  • Pencemaran Tanah
    Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran tanah. 
  • Pencemaran Udara
    Asap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara.
  • Pencemaran Sungai
    Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksik dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku.
  • Pencemaran Bunyi
    Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan elektronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.