Pencemaran Udara
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Punca-punca pencemaran udara :
(a) Pelepasan asap kenderaan
(b) Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
(c) Pembakaran di tempat pelupusan
(d) Pembakaran terbuka di bandar
(e) Pembakaran hutan yang berleluasa
Kesan-kesan pencemaran udara :
(a) Menjejaskan sistem pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni
sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia
sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
(b) Tumbuhan akan mengalami nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran
warna dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
(c) Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan