Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Alam sekitar yang bersih memberikan kita satu suasana yang selesa manakala alam sekitar yang tercemar akan menjejaskan kesihatan kita.
Pengenalan
Masalah pencemaran merupakan suatu isu yang semakin serius di Malaysia. Pencemaran telah menyebabkan pelbagai
masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan
alam sekitar.
Jenis pencemaran
Terdapat empat jenis pencemaran yang
utama di Malaysia iaitu pencemaran tanah, udara, sungai dan bunyi seperti yang
berikut:
- Pencemaran Tanah
Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran tanah. - Pencemaran Udara
Asap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara. - Pencemaran Sungai
Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksik dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku. - Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan elektronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.
Syabas! Blog ini sangat menarik dan telah menerangkan jenis-jenis pencemaran yang menjejaskan kesihatan manusia.
BalasPadamTerima kasih atas ulasan anda.
PadamTahniah!Bagusnya kerja kamu!Saya telah menimba banyak pengetahuan tentang kepentingan alam sekitar dan pencemaran yang berlaku di negara kita.
BalasPadamTerima kasih atas sokongan moral anda!
Padamcute and attracting layout... informative for readers... bravo~
BalasPadamThank you!
PadamThe owl can change the position to right hand side.. it wil be easier to view ur article....
BalasPadamThank you!
PadamExcellent!Very attractive!
BalasPadamThank you for your comment!
Padam